Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sabah tidak terbubar secara automatik

ByEekbal Yusuf

oleh S.Hairizal Kamalul Arifin

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri Sabah tidak akan terbubar secara automatik biarpun persidangan dewan tidak dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya beliau menyangkal dakwaan yang dikeluarkan pihak tertentu berhubung pembubaran tersebut yang menyatakan akan adanya risiko pembubaran otomatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.

“Walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam (6) bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Oleh itu, orang ramai adalah diminta supaya tidak keliru disebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu, ” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun jelas Kadzim lagi Dewan Undangan Negeri Sabah adalah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa bergantung kepada tarikh yang ditetapkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan