Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CUEPACS gesa kerajaan fokus kepada semua perjawatan kontrak

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu perjawatan secara kontrak di semua kementerian.

Presidennya Adnan Mat berkata selain pegawai kesihatan kontrak Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat puluhan ribu lagi perjawatan di KKM dan kementerian lain yang masih berstatus kontrak serta menunggu masa untuk ditamatkan.

Faktor kos serta kekangan kewangan dihadapi kerajaan tidak sepatutnya menghalang usaha menyerap semua petugas kepada status tetap kerana perjawatan itu menjadi keperluan ketika ini dan akan datang.

“Di KKM sendiri terdapat perjawatan kritikal lain yang masih berstatus kontrak seperti doktor,  jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, pegawai kesihatan persekitaran dan lain-lain.

“Tanpa sokongan daripada pasukan (petugas berstatus kontrak) ini, sudah berlaku ketidakseimbangan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, berkata rayuan pegawai kesihatan kontrak untuk diserapkan terus ke dalam perkhidmatan awam dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Mengulas lanjut, Adnan menegaskan kerajaan seharusnya tidak terikat dengan waran perjawatan yang lama dalam mengisi perjawatan perkhidmatan awam kerana ia sepatutnya boleh disesuaikan mengikut situasi semasa negara.

Katanya, tempoh ujian sebenar kerajaan adalah sejauh mana kerajaan mampu menjaga kebajikan pekerja dan rakyat.

“Dalam situasi semasa negara ketika ini, kerajaan tidak boleh terlalu berkira dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Selain itu, Adnan berkata kesatuan itu difahamkan terdapat kira-kira 1,200 pegawai pemantau harga di sebuah kementerian akan ditamatkan kontrak mereka pada penghujung tahun ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan