Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anggota polis Balai Polis Satok positif-19

KUCHING, JULAI 15: Pegawai dan anggota polis Balai Polis Satok di sini terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19 selepas wabak tersebut dikesan di balai tersebut.

Seramai lapan orang anggota polis dari  balai tersebut dilaporkan turut disahkan positif Covid-19 dan 19 yang lain diarahkan menjalani kuarantin.

Orang ramai juga dilarang memasuki kawasan tersebut sehingga kerja-kerja pembasmian selesai dijalankan.

Hal tersebut telah disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang menjelaskan wabak itu dipercayai berpunca daripada suspek kes yang dikhuatiri pembawa virus tersebut.

Beliau turut mengesahkan bahawa pegawai dan anggota yang bertugas di Balai Polis Satok kini berada dalam kuarantin.

“Orang ramai yang mempunyai urusan penting di Balai Polis Satok dinasihati supaya berurusan di Balai Polis Sentral,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan