Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sambutan Hari Sarawak 2021 Berkonsepkan Hibrid

ByDouglas Elliot

KUCHING, JULAI 13: Perayaan Hari Sarawak 2021 tetap diteruskan dalam kesibukan melawan COVID-19, namun bersesuaian dengan norma baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata tahun ini, sambutan dengan tema ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ diraikan secara konsep hibrid – melalui persembahan secara maya dan langsung.

“Hari Sarawak ialah untuk semua rakyat Sarawak dan COVID-19 tidak akan melemahkan semangat rakyat Sarawak dalam menyambutnya,” kata beliau dalam satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia pagi ini.

“COVID-19 tidak akan melemahkan semangat rakyat Sarawak dalam menyambut Hari Sarawak 2021,” tambah beliau.

Satu majlis rasmi juga bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan patuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Majlis bakal disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmund dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri.

Sambutan kali ini juga akan meraikan wira tidak didendang seperti pengutip sampah dan penghantar makanan.

“Saya menyeru rakyat Sarawak untuk mengibarkan bendera Sarawak pada 22 Julai,” kata Dr Sim lagi.

Sambutan Hari Sarawak 2021 akan bersiaran secara langsung di saluran TVS pada 22 Julai pukul 8:15 malam

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan