Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini

ByTVS

KUALA LUMPUR, 13 JULAI : Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebarang butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

Tags: #bm, ppv, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan