Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai cuba curi kabel

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang utama Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata dalam kejadian pada 2.47 petang itu, sepasukan juruteknik TNB membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan mengenai bekalan elektrik terputus di pencawang berkenaan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati pencawang elektrik di dalam kawasan sebuah kilang yang ditutup itu diceroboh dan satu daripada alat suis telah dirosakkan.

“Pasukan juruteknik itu kemudian menjumpai lelaki terbabit yang masih hidup tetapi dalam keadaan melecur hampir seluruh bahagian badan sebelum  dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd Khalid berkata lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu dilapor meninggal dunia semasa menerima rawatan disebabkan second degree burn selain disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah harta benda dan dadah itu bertindak memotong pagar kilang bagi menceroboh kawasan berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sebahagian fius dan kabel terbakar dengan kerugian dianggarkan bernilai RM60,000.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan