Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Upacara Pengebumian Dan Sembahyang Cetus Kluster Baharu Di Lundu

KUCHING, JULAI 12: Satu kluster baharu diisytiharkan hari ini melibatkan penduduk di Kampung Kendaie, Lundu dimana 23 individu didapati positif COVID-19. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, jangkitan merebak melalui aktiviti upacara pengebumian dan sembahyang mendiang yang telah berlangsung pada 30 Jun hingga 6 Julai 2021.

“Sebanyak 48 individu disaring yang mana 23 individu didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks (22 warganegara dan 1 bukan warganegara) dan 20 kes baharu manakala 25 individu didapati negatif,” katanya.

Kesemua individu positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kuching.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan Kluster Sungai Penyerai, Tatau telah ditamatkan.

Secara keseluruhan, Sarawak mencatatkan 235 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 69,104 kes.

Manakala satu kes kematian baharu direkodkan melibatkan seorang wanita berusia 59 tahun yang juga merupakan penghidap darah tinggi dan kencing manis di Sri Aman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan