Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasangan mubaligh Korea Selatan diculik di Haiti dibebaskan

ByTVS

SEOUL, 12 Julai — Pasangan mubaligh Korea Selatan yang diculik di Haiti dibebaskan pada hujung minggu selepas 17 hari ditahan sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Keduanya dibebaskan pada 12.06 malam Sabtu (waktu Haiti) dan meninggalkan negara itu melalui negara ketiga sebelum pulang ke negara asal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Luar Korea Selatan.

Pasangan itu dalam keadaan baik.

Kementerian itu diketuai Timbalan Menteri Luar II Choi Jong-moon membentuk pasukan khas bagi misi pembebasan pasangan itu sejurus mengetahui penculikan yang berlaku pada 24 Jun di pinggir ibu negara Haiti, Port-au-Prince.

Bulan lepas, Timbalan Menteri Luar  I Choi Jong-kun membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph untuk meminta bantuan. 

Duta ke Republik Dominika dan Haiti, Lee In-ho turut bertemu pegawai polis Haiti dan pihak berkuasa lain.

Ketidakstabilan di negara Caribbean itu berikutan terdapat 150 kumpulan bersenjata aktif menjalankan aktiviti mereka dengan menjadikan wang tebusan sebagai sumber pendapatan utama. Pada 2020 sahaja dianggarkan lebih 3,000 kes penculikan berlaku. 

Sejak Februari 2019, Seoul menasihati rakyatnya untuk meninggalkan negara terbabit berikutan ketidakstabilan politik, keadaan itu semakin meruncing selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise dalam satu serangan pada Rabu.

Terdapat kira-kira 150 warga Korea Selatan di Haiti, kebanyakannya bekerja dalam industri jahitan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan