Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hentikan mainan politik, rakyat sudah muak!

ByOdleen Catherny

KUCHING: Rakyat sudah muak, hentikan permainan politik dalam pentadbiran kerajaan!

Demikian tegas Gabungan Parti Sarawak (GPS) menempelak tindakan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen yang menyifatkan sokongan kerajaan GPS terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memanjangkan penderitaan rakyat.

Kelab Penyokong GPS dalam satu kenyataan menggesa Chong untuk berhenti bermain politik lebih-lebih lagi dalam tempoh genting ini ketika kerajaan bertungkus lumus melandaikan lekuk Covid-19 di Sarawak.

Jelas kenyataan itu lagi, pemerintahan yang stabil amat penting buat rakyat ketika ini bagi menggalas usaha untuk memulihkan negara semasa pandemik Covid-19 sekaligus memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak.

“Keselamatan rakyat tidak seharusnya dipertikaikan dengan mainan politik di mana secara langsung menyebabkan ketidakstabilan di negara ini.

“Jika bukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, siapakah pilihan beliau dan DAP Sarawak untuk menggalas tugas sebagai ketua kerajaan?,” jelas kenyataan itu, pada Isnin.

Krisis politik berskala penuh pada masa ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Melihat kepada usaha yang telah diberikan oleh kerajaan GPS, kebajikan rakyat di Sarawak tidak pernah diabaikan.

“Dalam konteks Sarawak, berbeza dari pandangan Chong, kerajaan negeri telah berusaha sedaya upaya untuk mengawal situasi Covid-19 di negeri ini dan juga menyantuni rakyat yang terjejas.

Perkara ini jelas terbukti apabila pemberi vaksin di Sarawak adalah antara yang tertinggi bagi terus memastikan rakyatnya dilindungi dari jangkitan virus tersebut.

Malah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak menyaksikan perubahan ketara dari segi penurunan kes dapat dikenalpasti meskipun hasilnya tidak mendadak dengan adanya vaksinasi besar-besaran.

“Meskipun kes Covid-19 di negeri belum stabil sepenuhnya, pengurangan kes harian dapat dilihat.”

Justeru masyarakat diminta memainkan peranan masing-masing dalam memastikan negeri dapat pulih sepenuhnya demi kepentingan semua.

“Nasihat kami kepada Chong, memetik pepatah lama: Sekiranya anda bukan sebahagian daripada penyelesaian, maka anda adalah sebahagian dari masalah tersebut.”

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan