Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Covid-19 : Tokyo kini darurat fasa keempat

TOKYO kini di isytiharkan di bawah perintah darurat Covid-19 tahap keempat bermula hari ini hingga 22 Ogos. Ini adalah usaha bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tatkala Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung.

Dengan peraturan ketat sepanjang acara sukan itu berlangsung, Jepun berusaha untuk mengurangkan pergerakan orang ramai khususnya pada cuti musim panas kerana bimbang Olimpik 2020 menjadi pusat penularan Covid-19.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibuka secara rasmi pada 23 Julai dan berakhir pada 8 Ogos. Ia akan diadakan secara tertutup di kebanyakan lokasi di sekitar Tokyo.

Selain di Tokyo, perintah darurat Covid-19 turut dikenakan di wilayah Chiba, Saitama, dan Kanagawa. Acara di wilayah ini akan dilakukan tanpa kehadiran penonton.

Walau bagaimanapun, acara yang akan diadakan di Miyagi, Ibaraki dan Shizuoka akan membenarkan kehadiran penonton.

Di bawah perintah tahap keempat itu, restoran tidak dibenarkan menjual alkohol dan waktu operasi hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam. Namun di sesetengah kawasan dibenarkan beroperasi sehingga jam 7 malam.

Untuk rekod, bandar Tokyo merekodkan 614 kes baharu pada Ahad.

Sejumlah 1,902 pesakit dirawat di hospital dengan 61 dalam keadaan kritikal.

SUMBER : Awani

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan