KUCHING: Sokongan tidak berbelah bahagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada Perikatan Nasional (PN) dibawah kepimpinan tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai satu tindakan yang bertepatan.
Menurut Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi,pendirian GPS adalah satu komitmen yang berterusan demi kepentingan rakyat.
“ Tindakan GPS ini saya kira satu langkah yang wajar sebab GPS perlu melihat keseluruhan sinario apa yang berlaku di semenanjung khususnya isu diantara umno dan bersatu kerjasam dalam konteks perikatan nasional..GPS tidak bertindak terburu-buru yang boleh menyebabkan dan merugikan rakyat.” katanya ketika dihubungi TVS pada Ahad.
Katanya lagi ini kerana, kedudukan pn masih lagi stabil untuk mentabir negara berdasarkan keabsahan penguam negara baru-baru ini.
Pada Sabtu GPS kekal dengan pendirian untuk terus memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keutamaan negara ketika ini adalah untuk bergabung dan bersatu membawa negara keluar dari krisis pandemik COVID-19 dan bukannya untuk berpolitik.