Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peningkatan Kes Covid-19 Kerana Saringan Besar-Besaran – TPM

ByBernama

KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kes COVID-19 adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar dilakukan di kebanyakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menjangkakan kes COVID-19 akan meningkat apabila PKPD dilaksanakan di 36 mukim di Selangor dan 16 lokaliti di Kuala Lumpur.

“Apabila kerajaan buat PKPD maka kita akan melakukan saringan ujian COVID-19 secara besar-besaran dan sudah tentu sahaja ada peningkatan kes COVID-19.

“Sebagai contoh di PKPD PPR (Program Perumahan Rakyat) Kampung Kerinchi, saringan COVID-19 telah dibuat tadi dan ramai juga didapati positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PKPD PPR Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 lebih 9,000 sejak kebelakangan ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan