Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 10 April -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA BERNAMA

Kerajaan Tidak Tolak Ansur Dengan Kilang, Premis Perniagaan Langgar SOP

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR: Kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) COVID-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dalam catatan di Facebook memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis manakala baki 52 pada Jumaat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan