Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Situasi COVID-19 Sydney Mungkin Bertambah Buruk

ByAkma Salleh

AUSTRALIA pada Sabtu merekodkan kenaikan kes COVID-19 tertinggi tahun ini, iaitu 50 kes baharu melibatkan penularan tempatan, dengan jangkitan berkaitan varian delta berjumlah 489 kes.

Memetik laporan Agensi, Ketua Menteri, Gladys Berejiklian berkata, keadaan di Sydney juga disifatkan kritikal susulan penularan dan pertambahan mangsa positif yang melonjak di luar kawalan.

Dalam kalangan kes baharu itu, 26 kes adalah individu yang berada dalam komuniti ketika dijangkiti, sekaligus menambahkan kebimbangan penutupan di Sydney dan sekitarnya mungkin akan dilanjutkan.

Kewujudan 26 kes dalam kalangan masyarakat itu menunjukkan keadaan akan menjadi lebih buruk sebelum bertambah baik.

Setakat ini, hanya individu berusia lebih 40 tahun dan berada dalam kumpulan berisiko atau pekerjaan sahaja diberikan vaksin di negara itu.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan