Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perkhidmatan Bank Bergerak Luar Bandar Bermula 12 Julai

ByFebbright James

KUCHING, Julai 10: Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank akan memulakan operasinya secara rasmi pada 12 Julai di beberapa kawasan luar bandar Sarawak.


Ia akan memberikan akses yang lebih menyeluruh kepada komuniti penduduk luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan.  


“Inisiatif ini merupakan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Bank Negara Malaysia bersama bank-bank yang mengambil bahagian.


“Selaras dengan tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan, Perkhidmatan Bank Bergerak ini akan memulakan operasinya secara rasmi pada 12 Julai 2021 bagi memberikan akses yang lebih menyeluruh kepada komuniti penduduk luar bandar,” kata Dayang Ezza , Pegawai Serantau Mobile ATM Agrobank ketika dihubungi pemberita TVS hari ini.


Operasi perkhidmatan Bank Bergerak agrobank fasa 1 akan meliputi kawasan Padawan dan Tebedu.


Perkhidmatan ini akan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.  


Selain perkhidmatan mesin A-T-M, bank bergerak ini juga menawarkan perkhidmatan kaunter pembukaan akaun dan debit kad.  


Inisiatif ini akan memudahkan penduduk di luar bandar untuk menjalankan urusan perbankan selain memastikan penduduk di luar bandar mendapat akses kemudahan yang sama seperti penduduk di bandar.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan