MOSCOW, 10 Julai — Presiden Senat Haiti, Joseph Lambert dipilih sebagai presiden sementara berikutan kematian Jovenel Moise, lapor Sputnik memetik media tempatan.
Resolusi mengenai pelantikan itu diluluskan Senat pada Jumaat dan disokong beberapa parti termasuk pembangkang, kata Rezo Nodwes.
Senat yang ketika ini hanya terdiri sepertiga ahlinya menyatakan Lambert akan mengangkat sumpah jawatan di parlimen dan akan terus memulakan khidmatnya untuk membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu, beberapa parti politik menandatangani memorandum menyatakan Ariel Henry, yang dilantik sebagai perdana menteri oleh Moise dua hari sebelum pembunuhannya, sepatutnya mengetuai kerajaan perpaduan, lapor Haiti24.
Henry tidak berkesempatan membentuk kerajaan baharu, sehubungan itu Claude Joseph kini menjadi perdana menteri sementara memandangkan beliau masih menyandang jawatan itu ketika pembunuhan Moise.
Joseph mengharapkan sokongan masyarakat antarabangsa untuk terus berkuasa sehingga pemilihan presiden diadakan pada 26 September.
Menurut polis Haiti, seramai 26 supsek termasuk warga Colombia dan dua Amerika antara yang ditahan dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan Moise Rabu lau.
— BERNAMA