Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS Kekal Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya yakin terhadap kepimpinan Muhyiddin yang memberi penekanan kepada pentingnya kestabilan negara.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) nyata sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional dibawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.”katanya pada sidang media khas GPS disini pada Sabtu.

Beliau yang juga pengerusi GPS berkata, tumpuan ketika ini adalah untuk bergabung dan bersatu membawa negara keluar dari krisis pandemik COVID-19 dan bukannya untuk berpolitik.

GPS yang dipimpin Abang Johari dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai sekutu Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin bagi membantu membentuk kerajaan persekutuan.

Selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti lain dalam GPS yang ditubuhkan pada Jun 2018 itu ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Tags: #bm, GPS, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan