Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin Covid-19 : Pfizer rancang minta kelulusan dos tambahan booster

ByTVS

PFIZER kini dalam perancangan untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat bagi meluluskan dos vaksin tambahan atau booster (penggalak) pada bulan hadapan.

Menurut Pfizer, ia adalah berdasarkan bukti wujudnya risiko jangkitan semula yang lebih tinggi selepas enam bulan menerima suntikan.

Kewujudan penyebaran varian Delta yang menular itu telah menjadi penyebab perlunya dos booster tersebut, kata Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten.

“Vaksin Pfizer sangat aktif terhadap varian Delta. Akan tetapi selepas enam bulan ada kemungkinan wujudnya risiko jangkitan semula apabila antibodi seperti yang dijangka semakin berkurang,” ujarnya.

Walaupun tahap imuniti seseorang dilaporkan berkurang selepas enam bulan menerima suntikan vaksin,  namun Dolsten menegaskan ia tetap berada pada 95 peratus keberkesanan terhadap simptom kronik.

Dos penggalak itu akan menghasilkan tahap antibodi lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi setelah penerimaan untuk  dos kedua.

Secara tidak langung ia menjadi perlindungan tambahan kepada golongan yang berisiko tinggi dan juga warga emas.

Jika penggunaan dos penggalak ini diluluskan, pihak Pfizer akan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan produksi penghasilan kerana permintaan terhadap vaksin ini pastinya akan meningkat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan