Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tuai rumah di Sibu setuju mulakan almari sedekah bantu penduduk rumah panjang

SIBU, 8 Julai — Seramai 34 ketua rumah panjang atau tuai rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di sini bersetuju memulakan Program Almari Sedekah bagi membantu penduduk rumah panjang yang terputus bekalan makanan semasa sekatan pergerakan sekarang.

ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee hari ini berkata persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat beliau bersama tuai-tuai rumah berkenaan yang dijalankan secara maya, semalam.

“Pada mesyuarat itu, tuai-tuai rumah ini sebulat suara bersetuju menggunakan kaedah Almari Sedekah yang sudah digunakan oleh jawatankuasa masjid dan surau di Sibu bagi menghulurkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang terputus bekalan makanan,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu beliau yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu menerima sumbangan makanan untuk Program Almari Sedekah daripada ketua masyarakat tempatan di sini, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad.

Program Almari Sedekah bermula di sini sejak 3 Julai lalu, menerusi inisiatif jawatankuasa beberapa masjid dan surau untuk mengumpul barang keperluan dan makanan yang didermakan orang ramai dan mereka yang menghadapi kesulitan, tanpa mengira latar belakang agama atau kaum, boleh datang ke masjid atau surau terlibat untuk mendapatkan keperluan berkenaan

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan