Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gempa bumi berskala 6.0 melanda sempadan California – Nevada

ByTVS

CALIFORNIA, 9 Julai — Gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter melanda sempadan California-Nevada pada Khamis petang, diikuti puluhan gegaran susulan, menurut United Press International (UPI).

Gegaran itu dicatatkan antara Walker dan Coleville di daerah Mono, California kira-kira 37 kilometer barat daya Smith Valley, Nevada pada 3.50 petang.

Pegawai Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran turut dirasai di barat San Francisco dan di Carson City, Nevada hingga ke Visala, California.

Sekurang-kurangnya 40 gempa susulan dilaporkan berhampiran pusat gempa dengan skala antara 3.0 hingga 4.6. 

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan