Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETALING JAYA, 15 Jun -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi ketika sidang media selepas melawat kawasan yang menempatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk orang kurang upaya (OKU) secara pandu lalu yang pertama di negara, di Menara Sime Darby Plantation hari ini. PPV Sime Darby akan beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang itu membolehkan warga OKU yang ditemani seorang penjaga, mendapatkan vaksin dengan hanya duduk di dalam kereta tanpa perlu keluar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SPP disaran khususkan satu peratus pengambilan guru ‘secara one off’ kepada OKU

ByTVS

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) disaran memastikan sekurang-kurangnya satu peratus  atau 187 orang daripada 18,702 pengambilan khas guru secara ‘one-off’ atau sekali sahaja, dikhususkan kepada orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata langkah itu akan membantu Kementerian Pendidikan (KPM) mencapai sasaran Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan kepada golongan OKU dalam perkhidmatan awam sekali gus menjadi teladan yang baik kepada sektor swasta.

“Ini juga selaras dengan keperluan pembangunan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu untuk memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama akan tercapai.

“Selain itu, ia bertepatan dengan amalan di negara maju seperti Australia apabila golongan OKU diberi peluang seluas-luasnya menceburi pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Saya ingin tekankan bahawa OKU seharusnya mempunyai hak sama seperti orang lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kekurangan yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan hak golongan itu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

Beliau berkata Dasar Satu Peratus pekerja OKU dalam sektor awam diperkenal pada 1988 dengan pelaksanaannya melalui Perkhidmatan Pekeliling pada 2008 serta 2010 namun sehingga kini, hanya empat kementerian mempunyai kakitangan golongan OKU melebihi satu peratus.

Katanya kementerian terbabit ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Perpaduan Negara.

Pada masa sama, Ras Adiba turut menyambut baik keputusan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ itu kerana ia menunjukkan kerajaan serius menyelesaikan isu kekurangan guru dan secara langsung mengatasi isu lambakan graduan khususnya lepasan pendidikan institut pengajian tinggi.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan