Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 25 Jun -- Petugas pengurusan jenazah mengusung jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya baru-baru ini.
Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Korban Covid-19 di dunia kini melepasi 4 juta

NEW YORK, 8 Julai — Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka empat juta iaitu sebanyak 4,000,269 pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Universiti Johns Hopkins lebih 185 juta kes dilaporkan pada 9.21 malam waktu tempatan (0121 GMT, Khamis).

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 33,769,829 kes dan 606,215 kematian, menyumbang lebih 18 peratus daripada jumlah kes global dan lebih 15 peratus kematian.

Brazil pula mencatatkan 528,540 kematian diikuti India sebanyak 404,211.

Negara yang mencatatkan lebih 120,000 kes kematian termasuk Mexico, Peru, Rusia, Britain dan Itali. 

Kematian COVID-19 di dunia mencecah satu juta pada 28 September 2020, dua juta pada 15 Januari 2021 dan melebihi tiga juta pada 17 April 2021.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan