Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kontena terbakar di Pelabuhan Dubai

ByTVS
kredit Twitter Dubai Media Office

DUBAI, 8 Julai — Sebuah kapal kontena terbakar di Pelabuhan Jebel Ali Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu malam, lapor agensi berita Xinhua.

Pasukan pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, dan tiada korban jiwa dilaporkan buat masa ini, kata Pejabat Media Dubai dalam satu kenyataan.

“Kami mengambil semua langkah perlu untuk memastikan pergerakan kapal-kapal lain berjalan lancar,” kata pihak berkuasa Pelabuhan Jebel Ali.

“Geseran atau suhu tinggi” mungkin menyebabkan kebakaran, lapor stesen televisyen Al Arabiya memetik kenyataan polis Dubai.

Pelabuhan Jebel Ali, terletak 35 kilometer barat daya Dubai, di Teluk Parsi, satu daripada pelabuhan terbesar dan tersibuk di Timur Tengah.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan