TUMPUAN pada Khamis semua terarah ke kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa anggota kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumahnya di Bukit Damansara.
Antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Pertemuan berkenaan dipercayai susulan pengumuman UMNO yang memutuskan untuk menarik balik sokongan serta-merta terhadap Muhyiddin.
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut meminta Muhyiddin meletak jawatan selepas mendapati beliau gagal memuaskan syarat yang ditetapkan UMNO bagi mendapat sokongannya.