Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KARTINI – PUTERI JAWA TOKOH KESAKSAMAAN

Kartini mengisahkan seorang aktivis bernama Raden Adjeng Kartini (R.A. Kartini) yang berjuang untuk hak wanita dan pendidikan wanita. Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga bangsawan di Jepara, Indonesia pada tahun 1879. 

Pada masa itu, pengasingan wanita merupakan tradisi biasa. Disebabkan tiada kebenaran untuk melangkah keluar rumah, beliau mula untuk mendidik dirinya dengan membaca buku berbahasa Belanda yang telah dihadiahkan abangnya Sosrokartono. Akhirnya, beliau berjaya membentuk hubungan bersama keluarga Belanda kolonial yang mentadbir pada masa itu.

 Beliau pun mula menerbitkan artikel-artikelnya dengan pertolongan mereka dan penulisannya itu mendapat sambutan yang baik. Dari situ, R.A. Kartini memulakan perubahan baharu untuk memastikan pendidikan adalah untuk semua orang dan berjuang untuk kebebasan wanita di Jawa. 

Kartini merupakan sebuah filem penuh emosi yang mempamerkan kesusahan wanita Jawa serta perjuangan beliau dalam menegakkan keadilan untuk wanita di Jepara, Indonesia yang dipandang rendah oleh masyarakat pada ketika itu. 

Adakah R.A. Kartini akan mencapai apa yang diimpikannya selama ini?

Jangan lupa saksikan Kartini pada 10 Julai 2021, Sabtu, pukul 9.00 malam hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan