Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Kes Varian Delta Pertama Dikesan di Sarawak Selain Varian Beta, Theta dan Eta

ByKuan Thai Far

KUCHING, 8 JULAI: Seorang lelaki berusia 56 tahun menjadi kes positif COVID-19 pertama varian Delta (B. 1.617.2) dikesan di Sarawak.

Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) dari Univisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengesahkan kes pertama ini yang melibatkan varian Delta.

Menurut kenyataan oleh IHCM, selain varian Delta, kes positif yang melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan.

Pengarah IHCM Prof Dr. David Perera berkata, pengesanan itu adalah hasil pengesanan dan pengawasan UNIMAS yang berterusan terhadap varian SARS-COV-2 di Sarawak.

“Sehingga 26 Jun, antara kes kes positive dikesan, sebanyak 59 kes melibatkan ‘Variant of Concern (VOC)’ dan ‘Variant of Interest (VOI)’ dikesan,” katanya.

Varian Delta pertama kali dikesan di India sementara Beta pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Theta pula dikesan di Filipina.

Menurutnya, terdapat juga 3 kes lain yang dikategorikan sebagai Import B dengan varian Beta.

Beliau turut mendedahkan bahawa, sebanyak 7 kes melibatkan varian Theta di Samarahan, 6 kes di Kuching, dan 1 kes melibatkan varian Eta (B.1.525) yang dikategorikan dalam kes import-A.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan