LONDON, 7 JULAI: Penentuan sepakan penalti menjadi milik Itali setelah terikat seri 1-1 dalam saingan separuh akhir Euro 2020. Sepakan penalti terakhir disempurnakan oleh pemain tengah Chelsea, Jorginho, membawa skuad Azzurri ke final Euro 2020.
Itali menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti 4-2 selepas perlawanan terikat 1-1 dalam saingan separuh akhir yang penuh aksi mendebarkan membawa skuad Azzurri ke final Euro 2020.
Sepanyol hampir menjaringkan gol pada minit ke-25, tetapi rembatan Dani Olmo dari tempat penalti lawan ditepis oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.
Perlawanan berlaku sengit menyaksikan skuad bimbingan jurulatih Roberto Mancini berhempas-pulas memberi asakan terhadap skuad La Roja. Namun, kedua-dua pasukan berakhir seri pada separuh masa pertama.
Sambung di babak kedua dengan gol pertama oleh Itali mendahului 1-0 dengan sepakan kencang Federico Chiesa selepas melakukan serangan balas yang mengkucar-kacir pertahanan lawan pada minit ke-60.
Tidak lama selepas itu, gol penyamaan pada lewat permainan oleh pemain Sepanyol, Alvaro Morata, pada minit ke-80 menyaksikan Sepanyol berjaya mengheret permainan ke masa tambahan.
Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol walaupun cubaan gol yang dilakukan oleh Itali telah menemukan offside dan permainan ditentukan menerusi sepakan penalti dengan Jorginho memastikan kemenangan Itali selepas sepakan Morata diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma.
Itali akan bertemu sama ada England atau Denmark, yang akan beraksi awal pagi esok (Khamis, 03:00AM), pada final di Wembley, Ahad ini.