Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SUBANG, 5 Julai -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas menyambut ketibaan sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat di Raya Complex hari ini.? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA SUBANG, July 5 -- The National COVID-19 Immunisation Programme (PICK) Coordinating Minister Khairy Jamaluddin at a press conference after welcoming the arrival of one million doses of Pfizer-BioNTech vaccine donated by the United States at Raya Complex today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Tidak ada sebab mengapa EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca – Khairy

ByTVS

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Kesatuan Eropah (EU) tidak seharusnya mendiskriminasi soal dari mana vaksin COVID-19 AstraZeneca dikeluarkan, kerana formula vaksin yang sama digunakan di semua fasiliti pembuatannya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Susulan laporan bahawa EU akan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan oleh European Medicines Agency, Khairy berkata beliau akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU bahawa semua fasiliti pengeluarannnya melaksanakan Amalan Pembuatan Baik (GMP).

“Jadi tidak ada sebab sama sekali bagi EU mendiskriminasi antara sebuah fasiliti AZ (AstraZeneca) dengan fasiliti yang lain,” katanya dalam persidangan media bersama berhubung perkembangan PICK dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di sini hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata beliau juga akan berbincang dengan duta EU ke Malaysia bagi mendapatkan maklumat lebih jelas berhubung dasar imigresen sebenar EU yang berkaitan dengan vaksinasi.

Beliau berkata semua negara seharusnya membenarkan kemasukan pelawat yang telah menerima suntikan vaksin yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ia (kebenaran itu) akan menjadi keputusan yang paling adil berhubung pengiktirafan vaksin kepada pelawat. Asal sahaja vaksin itu telah disenaraikan oleh WHO, sesebuah negara itu perlu menerima kehadiran pelawat yang telah disuntik dengan vaksin berkenaan.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan