Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada Kes Virus Demam Babi Afrika (ASF) Dikesan Di Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 6 JULAI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengesahkan bahawa belum ada kes virus demam ASF dikesan pada ternakan tempatan.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan menjelaskan bahawa bahagian Kapit dan daerah Telang Usan diisytihar sebagai kawasan kawalan dan pencegahan ASF ekoran daripada lokasinya yang terletak berhampiran lokasi penularan virus berkenaan, iaitu di wilayah Nunukan dan Krayan di Kalimantan Utara, Indonesia.

“Setakat hari ini, Sarawak bebas dari penyakit Demam Babi Africa (AFS). Tetapi oleh kerana ancaman wabak yang mungkin datang dari Kalimantan, maka kita mengisytiharkan bahagian tersebut sebagai kawasan kawalan,” kata beliau ketika ditemui melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Lundu hari ini.

Sementara itu, pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud berkata jabatan mereka mengambil maklum berhubung laporan kematian babi hutan di Kalimantan Utara dan memberi jaminan bahawa produk ternakan khinzir tempatan adalah selamat dari jangkitan wabak.

“Demam Babi Afrika bukan merupakan penyakit zoonotik justeru virus ini tidak menyerang manusia,” jelas Dr Adrian.

Tags: #bm, asf

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan