SELASA, JULAI 6: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu menyasarkan suntikan vaksin sebanyak 837 dos untuk Selasa.
Sehubungan itu, sebanyak 87 orang petugas daripada Kementerian Kesihatan (KKM), MDL, RELA, Polis diRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Internet Komuniti dan sukarelawan akan menggalas tanggungjawab untuk mencapai sasaran tersebut.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu telah mengadakan lawatan ke PPV Lundu .
Beliau telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan asas kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di PPV Lundu.
Untuk Rekod, PPV Lundu mula beroperasi pada awal Mac dan telah memberi kira-kira 800 dos suntikan sehari.