Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tabung haji menang anugerah kecemerlangan teknologi Malaysia

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) melalui platform THiJARI buat julung kalinya memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 bagi kategori Perkhidmatan Dalam Talian-Perkhidmatan Kewangan.

Dalam kenyataan TH hari ini, anugerah oleh Singapore Business Review itu merupakan pengiktirafan kepada projek inovatif yang dilaksanakan TH menerusi aplikasi THiJARI yang dibangunkan awal tahun lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata THiJARI menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan haji yang inovatif dan memudahkan akses perkhidmatan kepada orang awam dan para pendeposit.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada Tabung Haji dan merupakan manifestasi sokongan para pendeposit atas usaha kami menambah baik perkhidmatan dalam talian dengan pengenalan THiJARI demi kemudahan mereka.

“Ia juga seiring dengan perkembangan digital masa kini dan menjadi platform utama dalam membantu mendepani cabaran pandemik COVID-19 sekarang,” katanya

Aplikasi THiJARI dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi dan telah direka dengan susun atur yang kemas dan navigasi mesra pengguna bagi memastikan pendeposit mendapat perkhidmatan terbaik.

Antara fungsi utama yang disediakan termasuklah kemudahan pembukaan akaun secara maya (VAO), butiran akaun, pindahan dana daripada bank ke TH melalui Pertukaran Proses Kewangan (FPX), pendaftaran hibah amanah dan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH lain.

Fungsi utama lain aplikasi itu ialah keahlian Kelab TaHa dan pelbagai perkhidmatan haji seperti pendaftaran haji, tawaran haji, rayuan haji dan jadual penerbangan haji,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu selepas setahun dilancarkan, pengguna THiJARI Web telah mencecah hampir 830,000 dan 430,000 pengguna THiJARI App dengan 50,000 transaksi direkodkan setiap hari.

THiJARI kini boleh dicapai melalui web (www.thijari.com.my) atau dimuat turun menerusi aplikasi iOS dan Android.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan