Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis buru dua lelaki acu senjata

KUCHING: Polis kini sedang memburu dua lelaki yang dipercayai mengacukan senjata ke arah mangsa dalam sebuah rakaman video yang tular baru- baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kejadian terbabit dipercayai berlaku di Kampung Tabuan Dayak.

“Siasatan segera telah dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata di tempat awam.

Pihak polis memandang serius akan perkara ini.

Mana mana individu  yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching DSP Mohd Hafizi Ishak atau Inspektor Yew Yuan Sheng di talian 016-9099972.

Selain itu, orang ramai juga boleh tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan