Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perkhidmatan pengumpulan sampah Trienekens pulih hari ini.

KUCHING, 5 JULAI: Perkhidmatan pengumpulan sampah oleh Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd akan kembali seperti biasa mulai hari ini (5 Julai).

Menurut Trienekens dalam kenyataan mereka, ia melibatkan kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Dalam beberapa minggu lepas, pengumpulan sampah yang dikendalikan oleh Trienekens terjejas.

Susulan itu, Trienekens meletakkan kontena “Roll-on Roll-off (RoRo)” di beberapa kawasan untuk memudahkan orang ramai membuang sampah.

Bagaimanapun, kontena RoRo itu akan diambil semula dari semasa ke semasa setelah perkhidmatan pengumpulan sampah kembali stabil.

Pada 8 Julai, ia akan dikeluarkan daripada kawasan Komersial Bandar Baru Semariang, “Sungai Maong Market Bin Centre”, Lorong Sim Kheng Hong 5, Lorong Song 3G, Kawasan Komersial Hui Sing dan Pusat Kitar Semula Tabuan Laru, termasuk Kampung Paroh, Jalan Sejijak dan Lorong 7, Jalan Belatok, Taman Malihah.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline Trienekens di talian 082-612300 (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel customercare@trienekens.com.my.

Sumber: Suara Sarawak

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan