Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan modul solar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 24 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin held a virtual meeting with Xie Jian, the Chairman and President of Risen Energy Co. Ltd., the world's fifth largest manufacturer of solar modules. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Beberapa negeri lagi berpotensi beralih ke fasa dua PPN. – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Beberapa buah negeri lagi telah menunjukkan perkembangan yang amat baik untuk beralih beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menamakan negeri berkenaan, beliau berkata negeri itu berpotensi mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.

“Alhamdulillah, selain lima negeri yang telah beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam PPN, terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat,” katanya dalam catatan terbaharu Facebook rasminya hari ini.

Sabtu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu beralih ke Fasa Dua PPN bermula hari ini selepas negeri terbabit berjaya mencapai nilai ambang ditetapkan. 

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Meskipun sedang menerima rawatan di hospital, Perdana Menteri hari ini mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital bagi membincangkan perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19 dalam negara.

Muhyiddin, yang dimasukkan ke hospital sejak 30 Jun, berkata antara perkara dibincangkan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur, serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa PPN.

Lapan daerah di Selangor melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain 14 lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

Sementara itu Muhyiddin berharap situasi pandemik di negara ini dapat terus dikawal, dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat berikutan penerimaan bekalan vaksin lebih banyak pada bulan ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini, di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan.

“Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T,” katanya. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan