Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semua Dibantu, Tanpa Mengira Status

BySalasiah Safian

KUCHING, JULAI 5: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof tidak akan mengambil tindakan terhadap dakwaan netizen bahawa beliau tidak memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di dalam kawasannya.

“Nama je Menteri Kerja Raya, tapi rakyat di Parlimen sendiri tinggal di kawasan terbiar. Ingatkan ada 1 keluarga je, rupanya ada 6 keluarga duk di situ,” tulis pemilik Twitter tersebut di akaunnya pada Sabtu.

Datuk Seri Fadillah Yusof tetap tenang dengan dakwaan tersebut dan tiada tindakan yang akan diambil ke atas pemilik akaun twitter tersebut.

“Pertama sekali saya tidak akan mengambil tindakan sebab apa zaman sekarang orang bebas untuk post apa jak sama ada betul atau tidak betul. Tapi pada saya, saya mengucap terima kasih, apa saja maklum balas,” katanya ketika dihubungi TVS pada Ahad.

Berhubung isu yang diutarakan, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya meninjau di kawasan berkenaan dan mendapati 15 buah keluarga tinggal secara haram di bangunan dua tingkat di sini.

Kesemua penghuni juga disahkan sebagai orang luar dan bukannya penduduk asal Parlimen Petra Jaya seperti yang didakwa.

Seorang daripadanya yang bekerja sebagai buruh kasar berasal dari Sabah dan isterinya pula merupakan warganegara Indonesia.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar, bekerja di kedai makan, dan ada juga yang menganggur.

Dalam pada itu, bantuan tetap dihulurkan kepada mereka.

“Pegawai-pegawai kita pernah pergi untuk bertanya dan sebagainya, mereka menumpang sementara nanti mereka ini berpindah tempat dan sebagainya. Jadi untuk itu, kita serahlah kepada sama ada pihak berkuasa ataupun tuan punya projek untuk mengambil tindakan. Tapi ini bukan bidang kuasa kita.

“Pada saya selaku Ahli Parlimen, bila kita berkhidmat, kita tidak memilih sama ada orang itu pengundi ataupun penduduk setempat tapi yang sesiapa sahaja yang duduk di kawasan Petra Jaya, dan dapat diketahui, memang mempunyai kesusahan kehidupan, ada apa permasalahan, kita akan membantu,” ujarnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan