Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
henry golding

Peningkatan kes bunuh diri, pelakon ‘Snake Eyes’ iaitu Henry Golding ajak masyarakat saling bertanya khabar

ByJas

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) – Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding, berkongsi kebimbangan beliau terhadap terhadap peningkatan kes dan percubaan membunuh diri di Malaysia berikutan pandemik COVID-19 yang berlarutan.

Anak kelahiran Sarawak yang popular menerusi filem Crazy Rich Asians, ini berkata perbincangan mengenai isu kesihatan dan kesejahteraan mental adalah sangat penting.

Beliau mengajak rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan bertanya khabar, bukan sekadar berbual ringan tetapi turut bertanyakan keadaan masing-masing. 

 “Caranya mudah saja. Fikirkan tiga rakan yang anda rasa perlu anda telefon atau kirimkan mesej. Benar-benar tanyakan tentang keadaan mereka dan apakah mereka dapat menangani kehidupan sekarang,” jelas Golding dalam sebuah hantaran video di Instagram TV baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, dalam situasi yang serba menduga ini, ramai terlepas pandang mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan kerapuhan emosi.

Keadaan ini boleh mendorong kes bunuh diri atau memikirkan tentangnya apatah lagi ketika berhadapan dengan kesulitan dan masa depan yang tidak menentu setelah kehilangan kehilangan pekerjaan, ketiadaan interaksi sosial dan terhimpit di tengah-tengah bandar yang padat seperti Kuala Lumpur.

“Cukup menyedihkan bila angka (bunuh diri) meningkat. Kita boleh melakukan sesuatu mengenainya. Bantulah dengan menyokong orang di sekeliling kita agar kita dapat mencegah sesuatu yang buruk daripada terjadi, ”jelasnya.

Golding juga memohon kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan kesejahteraan mental agar berhubung dengan seseorang atau organisasi seperti Befrienders Malaysia dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.

“Saya faham anda semua “terkurung”. Berbual dengan seseorang dapat melegakan perasaan dan mendorong perubahan drastik,” kata Golding.

Menurut polis, sebanyak 609 kes bunuh diri dicatatkan pada tahun 2019 dan 631 kes pada tahun 2020.

Tahun ini, 468 kes (dari Januari hingga Mei 2021) direkodkan dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi pada 117 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, faktor seperti tekanan emosi serta masalah keluarga dan kewangan adalah punca purata dua kes bunuh diri dari tahun 2019.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499). — BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan