Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

5 Negeri Beralih ke Fasa 2 Mulai Isnin

ByKuan Thai Far

Kuala Lumpur: Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 5 negeri telah memenuhi 3 nilai ambang dan bakal beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa 5 Julai ini.

Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga indikator berkenaan adalah purata tujuh hari kes harian berdasarkan 100,000 populasi; penggunaan kapasiti wad ICU dan kadar vaksinasi melebihi 10%.

“Oleh itu, dalam fasa dua membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi,” katanya ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Sementara itu, Zafrul berkata kerajaan akan terus memantau nilai ambang di setiap negeri sama ada boleh berpindah ke fasa seterusnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan