Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

42% Rakyat Sarawak Lengkap Dos Pertama

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebanyak 42% rakyat Sarawak telah menerima suntikan dos pertama dan 10% telah menerima suntikan dos kedua pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan dinegeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini berjaya mencapai sasaran suntikan sebanyak 60,000 sehari berbanding 50,000 suntikan sebelum ini.

“Setakat 2 Julai, sejumlah 1,488,859 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman di sini hari ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Dalam pada itu kata Abang Johari, pasukan ‘Mobile Outreach’ untuk program vaksinasi COVID-19 di Sarawak telah berjaya mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini.

“Pendekatan ini pasti menghasilkan kejayaan untuk kita capai sasaran kita memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk Sarawak menjelang Ogos,” ujarnya lagi.

Tags: #bm, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan