KUCHING, JULI 5: Kebosanan yang melanda hidup seorang pesara pensyarah ekoran Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) membuatkan beliau mula tercari-cari “cinta baru” untuk mengisi masa terluang.
Akan tetapi, cinta Abang Yusuf Abang Sapawi sebenarnya merujuk kepada cinta atau hobinya iaitu penanaman hidroponik selapas sekli-dua mencubanya!
Beliau menerangkan yag beiau bercucuk tanam menggunakanan fertigasi dan hidroponik yang kini menjadi minatnya selain menjana pendapatan.
Dahulunya pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi UITM, Abang Yusuf Abang Sapawi berkata aktiviti bercucuk tanam ini amat sesuai di lakukan di halaman kediaman rumah sendiri dengan menggunakan peralatan dan juga ruang yang sedia ada.
Beliau mula berjinak-jinak dengan bercucuk-tanam sejak lima tahun dahulu namun semakin ligat selapas PKP. Hasilnya, beliau tidak perlu membeli sayur-sayuran seperti cili, terung dan sayur kubis kerana semuanya hanya perlu dipetik dari rumahnya sendiri!
“Sejak tahun 2016 selepas saya bersara, saya tercari-cari hobi dan ini juga slah satu cara saya dapat menjana sedikit pendapatan.
“Walaupun kita mempunyai tanah yang tidak besar, namun dengan keluasan 10 kaki ke 20 kaki sudah cukup untuk kita lakukan sistem fertigasi ini. Sistem fertigasi ini menggunakan air untuk menyiram dan air dalam tangki akan dicampur dengan baja untuk membaja sayur-sayuran kita jadi kita hanya perlu menjaga sama ada sayur itu di kacau oleh makhluk perosak atau tidak.
“Tambahan pula, hidroponik ini memerlukan modal yang lebih sedikit kerana kita memakai alat yang kita terpaksa beli contoh nya ada banyak, nft, dft dutch bucket system dan juga rakit apung,” jelasnya.
Menurutnya, penggunaan sistem fertigasi dan hidroponik dapat memberi manfaat selain dapat mengisi masa lapang sekaligus memberi peluang untuk menjana pendapatan sampingan.
Tambahnya lagi, beliau tertarik dengan sistem penanaman sebegini kerana sistem fertigasi dan hidroponik di tepi rumah adalah sangat efisien selain mudah dijaga, yang disifatkannya sebagai satu pelaburan yang berbaloi sebagai satu hobi.
“Penanaman sayur secara fertigasi dan hidroponik ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.
“Malah sekiranya jika rumah kita berada pada lokasi strategik seperti di tepi jalan ia dapat menarik minat orang yang melalui kawasan tersebut. Secara tidak langsung kita boleh mempromosi dan mendapatkan pelanggan, “ ujarnya dengan nada bersemangat.
Bagi yang ingin memulakan hobi tersebut, beliau menyarankan untuk sering bertanya kepada yang mahir bagi mendapat gambaran yang lebih jelas untuk langkah-langkah yang perlu dilakukan.