Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel lancar serangan udara ke atas Gaza

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza

BANDAR GAZA, 2 Julai (Bernama) — Jet pejuang Israel pada Jumaat melancarkan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan dikuasai Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Tindakan itu sebagai membalas serangan belon api  yang dilancarkan dari Gaza terhadap penempatan Israel, jet pejuang tentera Israel menyerang sebuah kawasan yang digunakan Hamas bagi tujuan mengkaji dan menghasikan senjatanya,” kata tentera Israel di Twitter.

Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan udara tersebut.

Dalam tempoh 10 hingga 21 Mei, serangan udara dilancarkan rejim Israel di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 289 penduduk Palestin dan mencederakan ribuan yang lain, manakala puak Palestin bertindak balas melancarkan peluru berpandu menyasarkan bandar Israel.

Kejadian itu tercetus apabila mahkamah Israel memutuskan untuk mengusir keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Seramai 13 penduduk Israel maut akibat serangan roket Palestin.

Keganasan itu berakhir di bawah persetujuan gencatan senjata pada 21 Mei, menyaksikan Mesir bertindak sebagai orang tengah. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan