Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
5 cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Washington

5 cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Washington

WASHINGTON, 2 Julai (Bernama) — Seorang pekerja binaan diselamatkan selepas terperangkap kira-kira sejam setengah di bawah runtuhan, di sebuah tapak pembinaan di Washington DC, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis. 

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kebakaran dan Perubatan Kecemasan DC menerusi Twitter, sebuah bangunan sedang dalam pembinaan di Kennedy Street runtuh kira-kira 3.30 petang, mengakibatkan seorang terperangkap dan beberapa yang lain cedera, lapor agensi berita Xinhua.

Jabatan itu dalam kemas kininya di Twitter menyatakan empat mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital, dan seorang lelaki yang terperangkap berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan sedar.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas sebahagian kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida runtuh pada Khamis. Sekurang-kurangnya 18 orang disahkan maut dalam tragedi itu dan 145 lagi masih hilang.

Presiden Joe Biden melawat ke Surfside pada Khamis dan meluangkan masa bertemu keluarga mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada Khamis berikutan alat pemantauan menunjukkan sebahagian lagi struktur bangunan itu kemungkinan akan runtuh. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan