Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SBEU

SBEU mahu pekerja bank diutamakan terima vaksin

KUCHING, 30 Jun (Bernama) — Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) meminta kerajaan turut mengutamakan pekerja bank dalam pemberian vaksin COVID-19 memandangkan sektor itu dikategorikan sebagai sektor perkhidmatan perlu.

Setiausaha Agung SBEU Law Kiat Min berkata pekerja bank terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 kerana perlu berurusan secara langsung dengan masyarakat umum dan ini dibuktikan menerusi beberapa kes pekerja dikesan dijangkiti virus itu semasa menjalankan tugas harian.

“Bagaimanapun, hingga kini tidak ada rancangan untuk melaksanakan program vaksinasi bagi pekerja sektor perbankan sekalipun sektor itu diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu dan kekal beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan melaksanakan pemvaksinan ke atas pekerja sektor pengangkutan pada 21 Jun lepas, manakala Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta  yang menyasarkan sektor pembuatan dijalankan sejak 16 Jun.

“Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan Sarawak agar mengambil langkah perlu dan mengutamakan pekerja bank dalam pemvaksinan tersebut secepat mungkin. Ini akan membantu kerajaan mencapai sasaran membentuk imuniti kelompok dan mencegah kewujudan kluster tempat kerja,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan