KUCHING: Tidak dinafikan mitos kucing hitam sentiasa dikaitkan dengan era kegemilangan bolasepak pasukan Sarawak FA.
Ia sekaligus menjadi pembakar semangat dengan sorakan Ngap Sayot yang bergema di segenap sudut Stadium Negeri Sarawak suatu ketika dahulu.
Bagi menghargai sejarah itu, Sarawak United FC pada musim ini tampil dengan jersi berwarna hitam sebagai jersi utama pasukan itu.
Menurut Presiden Sarawak United FC, Dato Posa Majais rekaan jersi pada musim ini tercetus daripada pasukan Sarawak United FC itu sendiri.
“Dimana jersi utama ini mengingatkan kita pada mitos kucing hitam pada zaman 80an dahululah , yang mana terdapat tuduhan-tuduhan yang mengatakan pasukan Sarawak menggunakan ilmu hitam untuk menang oleh pihak lawan pada ketika itulah.” katanya ketika dihubungi TVS.
Dalam pada itu katanya, tatkala pasukan kini mengejar kejayaan, asal usul janganlah dilupa dimana tema jersi pada kali ini mengingatkan semula pasukan Sarawak pada perjuangan-perjuangan terdahulu.