Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayaran RM1,000 selama lima bulan, ini syarat mohon i-Citra

ByTVS

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu i-Citra.

i-Citra merupakan satu lagi kemudahan kepada 12.6 juta ahli KWSP yang membolehkan mereka membuat pengeluaran tetap RM1,000 sebulan selama tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

Menurut KWSP, ahli perlulah berumur 55 tahun ke bawah, termasuk mereka yang bukan warganegara dan pemastautin tetap dan perlu mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Bayaran maksimum RM5,000 bagi tempoh lima bulan ini adalah bertujuan menampung kelansungan hidup dengan juga mengimbangi keperluan simpanan persaraan. Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal di sini. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.

Tambah lagi, pemohon yang sudah dan telah memohon i-Lestari dan i-Sinar juga dibenarkan untuk memohon i-Citra, dengan tertakluk pada syarat yang dinyatakan di atas.

Sumber : KWSP

Tags: #bm, i-Citra, KWSP

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan