Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kulat india

Lebih 40,000 kes jangkitan ‘Kulat Hitam’ dilaporkan dI India

NEW DELHI, 29 Jun (Bernama) — India melaporkan kira-kira 40,845 kes jangkitan ‘kulat hitam’, yang setakat ini sudah meragut lebih 3,000 nyawa, kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan.

“Daripada jumlah kes yang dilaporkan seramai 3,129 orang meninggal dunia akibat penyakit itu,” kata Vardhan dalam satu taklimat, lapor Sputnik.

Sebanyak 32 peratus pesakit berusia antara 18 dan 45 tahun, 42 peratus dalam kalangan mereka berumur 45 hingga 60 tahun manakala 24 peratus lagi 60 tahun ke atas. 

Kebanyakan kes dikesan di Maharashtra, Kerala, Tamil Nadu, Bengal Barat dan Odisha, yang turut melaporkan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

‘Mucormycosis’, atau ‘kulat hitam’, jangkitan kulat yang menyerang sinus, otak dan paru-paru, penyakit ini dikatakan mempunyai kadar kematian 50 peratus.

Pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai imuniti rendah selepas dijangkiti penyakit lain, termasuk COVID-19, berisiko tinggi untuk dijangkiti ‘mucormycosis’.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan