Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel Akan Hapuskan 800,000 Vaksin COVID-19 Jika Tiada Pembeli

Israel Akan Hapuskan 800,000 Vaksin COVID-19 Jika Tiada Pembeli

BAITULMAQDIS, 29 Jun (Bernama) — Israel akan hapuskan 800,000 dos vaksin COVID-19 yang tarikh luputnya hampir tamat andai tiada negara yang bersetuju untuk membelinya, lapor Agensi Anadolu.

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) pada Isnin, tidak menyatakan jenis vaksin itu tetapi Tel Aviv sebelum ini dilaporkan telah membeli vaksin Pfizer-BioNTech.

Pada 18 Jun, Israel bersetuju untuk menghantar sekurang-kurangnya sejuta vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada Pihak Berkuasa Palestin berdasarkan satu perjanjian.

Namun, Pihak Berkuasa Palestin membatalkan perjanjian itu kerana tarikh luput dos vaksin itu selain ia tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 3.92 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 181.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins. 

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan