Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Akad Nikah ‘Online’ Jadi Alternatif Sepanjang PKP Di Sarawak

ByDayu Adruce

KUCHING: Cadangan mengadakan majlis akad nikah secara dalam talian akan diusulkan Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), umum Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ia susulan masih belum dibenarkan penganjuran majlis akad nikah secara bersemuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Abdul Rahman Junaidi

“Kaedah yang seterusnya sekiranya masih dalam bentuk PKP, kaedah melalui atas talian digunakan sebagai alternatifl lain untuk memastikan bahawa pasangan yang sudah mendaftar dapat meneruskan usaha mereka untuk mengadakan majlis akad nikah,” ujarnya.

Setakat ini sebanyak 326 pasangan di Sarawak telah diluluskan untuk melaksanakan majlis akad nikah dalam tempoh 29 Mei hingga 11 Jun lalu.

Namun, jumlah berikut semakin bertambah susulan daripada majlis akad nikah yang tidak dibenarkan berlangsung sepanjang tempoh PKP yang masih dilaksanakan sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, Dr Abdul Rahman berkata, ibadah korban di sarawak kekal ditangguhkan termasuk aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan.

Manakala solat sunat Aidil Adha dibenarkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan buat masa sekarang.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan