Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Had maksimum insentif caruman padanan kerajaan untuk program i-Saraan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 setahun bermula 1 Jan 2024.

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN, JPA, MARA & PTPK sebahagian PEMULIH

ByKhairil Zharif Affindie

PUTRAJAYA, JUN 28: Agensi kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Kesemua 22 nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antaranya memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN,

“Seterusnya menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan.

“Selain itu, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran mara untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan.

“Akhir sekali kerajaan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman perbadanan tabung pembangunan kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” katanya ketika menyampaikan ucapan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebentar tadi.


Beliau juga mengumumkan bantuan para peminjam pendidikan melalui beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya Pertama, memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.

Kedua, dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah jpa dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan”

“Ketiga, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran mara untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan dan keempat menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” tambahnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan