SETIAP orang mempunyai cara yang berbeza untuk mengekspresikan perasaan,begitu juga Mirza Marzuki, 26, yang menggubah lagu untuk mengekspresikan perasaannya selepas bermain dota.
Mirza Marzuki atau lebih mesra disapa Mirza mengakui dia cuba mempertengahkan kelainan dalam video lagunya apabila menyahut cabaran untuk membuat video cover lagu melalui aplikasi Vocaloid yang agak unik, lain daripada yang lain.
Permainan video Dota 2 ini sudah sinonim dalam kalangan penggemar video game yang tidak hanya di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
Tidak hairanlah jika permainan “Dota 2” masih berada di posisi kedua tertinggi dengan jumlah pemain terbanyak di dunia.
Kreativiti Mirza menghasilkan video berdurasi 1.31 minit yang mengetengahlan permainan dota 2 meraih hampir 130,000 tontonan di Youtube yang berjudul “Ku Tak Nak Main Dota”.
Anak keempat daripada lima orang adik beradik ini juga menghasilkan lagu dalam dialek bahasa Sarawak “Ku Sik Mok Main Dota” yang meraih hampir 40,000 tontonan di akaun Youtube-nya.
Pada mulanya karyanya hanya meraih lima puluh tontonan sahaja snamun begitu beliau tidak menyangka videonya beliau mampu meraih 10,000 tontonan dalam masa satu minggu.
Untuk melihat video penuh sila klik disini.
“Pada mula saya melakukan video ini hanya untuk suka-suka tapi mendapat sambutan yang memuaskan dengan sokongan penuh dari keluarga dan rakan-rakan”, menurut Mirza yang merupakan mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Beliau berharap pada masa akan datang beliau dapat mengetengahkan bakatnya dalam mengubah lagu dalam versi peralihan suara.