Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 7 Juta Penduduk Malaysia Terima Vaksin

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR : Setakat Jumaat, lebih 7 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1.9 juta individu yang menerima dos kedua vaksin.

Menerusi hantaran Twitter beliau, sebanyak 215,968 suntikan vaksin telah diberikan pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, 148,380 merupakan dos pertama, dan 67, 588 pula adalah suntikan dos kedua.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594). 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan